Saturday, May 11, 2013

untukkmu duhai ibu

assalamulaiikum..selamat malam...
semoga hari ini dilalui dengan penuh keberkatan, kebahagiaan..
sebanarnya mood nak taip entry siang tadi doh
tapi..line tenet x bapa nak laju..maka terbantut lah idea tuh
memalam nie baru dapat mengetuk papan kekunci nie..banyak yang nak dicoretkan disini
bersempena hari ibu ini..

sepanjang hari ini duk dengar radio
 asyik dok dengar orang bagi ucapan selamat hari ibu jer..
untunglah mereka kerana masih punya ibu
hargailah ibu kamu masing-masing
selagi mereka masih berada disisimu duhai kalian..

bila teringat balik
cik lisa x pernah wish selamat hari ibu untuk arwah mak
dolu-dolu mana nak taw..budak-budak lagi
time tuh nak menakal jer lagi
mana nak tahu isi kehidupan ini..
tapi kakak nak mak tahu mak lah insan yang paling ku sanjung tinggi
memberikan aku kasih sayang
walau sekejap cuma
tapi ku pernah merasa kasih sayang itu berbanding adikku yang ketika itu baru berusia 2 bulan
masih ku teringgat...dialog ini
dolu-dolu masa dia x bebarapa pandai lagi
'adik, mak mana? mak pergi bagan kot!!!
argh..trajis betul jawapan mu duhai adik :(

yaa...saat mak pergi meninggalkan kami semua
baru ku sedar...argh..hilangmu tiada pengganti
ku tergapai-gapai mencari arah tujuan hidup seawal usia 12 tahun
ku mula belajar hidup berdikari
perlu menjadi seorang yang tabah
buat seketika ku rasa hidup terasa kosong

 hari demi hari daripada kosong
aku mula belajar menerima hakikat
aku mesti bangkit, ku mula belajar merangkak, berjalan dan berlari 
untuk mengharungi pancaroba kehidupan tanpa bimbaingan seorang ibu lagi

kini, anakmu sudah semakin dewasa duhai emak
sudah menjadi tunangan orang
sudah habis belajar
dan tidak lama lagi akan mengengam segulung ijazah..insyaALLAH
tetapi saat kejayaan berada dalam gengaman ku x dapat berkongsi bersamamu
saat ini cuma doa seorang anak yang mampu ku titipan untukmu...
semoga ALLAH S.W.T tempatkan mak dikalangan orang yang beriman...amin..
untukkmu mak
ROSNAH BINTI HASSAN

buat bakal ibu mertuaku
terima kasih kerana telah menerima diri ini
terima kasih kerana melahirkan seorang insan yang bernama nur fariq farhan bin rosli
kerana tanpa mak lisa x kan jumpa dengan insan yang sebaik ini
sanggup menunggu walaupun banyak halangan yang terpaksa ditempuhi
bersabar dengan karenah bekal menantumu ini
terima kasih kerana mendidik bakal suamiku duhai mak..
terima kasih kerana terima diri lisa seadaanya
terima kasih 
PUAN MALIAH BINTI ISMAIL :)



buat mak, ibu, mummy,umi
walau siapapun nama gelaran kalian untuk anak
selamat hari ibu
semoga menjadi ibu yang cemerlang mendidik anak di dunia mahupun diakhirat amin :)

SELAMAT HARI IBU

No comments:

Post a Comment