assalamualaikum.....lama x wat entry baru....haiyakk..ini malam manyakk bzlah study itu akaun lah..besok cik lisa ada exam akaun..huhhu..doakan cik lisa berjaya menjawab dengan suksess ea...aip...joh dah melalut neh..
bersempena dengan hari ibu ni cik lisa nak wat entry khas untuk mak cik lisa yang tersayang...herm walaupun mak telah lama meninggalkan kakak dengan adik-adik tapi jasamu membesarkan kakak masih di kenang sehingga kini walaupun rasanya terlalu singkat masa yang diberikan untuk bermanja dengan mu insan yang bergelar emak.
cik lisa hanya berkesempatan bermanja, mendapatkan kasih dan sayang dari seorang mak sehingga umur 13 tahun sahaja...singkat jer kan ALLAH S.W.T pinjamkan mak kat cik lisa..tapi cik lisa amat bertuah kerana masih dapat merasa mendapat kasih sayang seorang mak berbanding adik cik lisa yang kecik sekali cuma berkesempatan berada di dalam dakapan mak selama 2 bulan sahaja...
mungkin sudah begini percaturan kehidupan cik lisa..cik lisa redha....mungkin ini adalah ujian yang perlu cik lisa tempuh untuk terus berjuang dalam menghadapi cabaran-cabaran yang semakin dasyat yang menunggu dihadapan...cik lisa mesti kuat untuk mereka yang memerlukan cik lisa sebagai nakhoda kapal yang utuh untuk terus berjuang...haiyakkk....nakhoda kapal?ade kena mengena ker?tetttt..hahahha
.
oklah...disini cik lisa nak nasihatkan kepada rakan2 sekalian, hargailah ibu,mak,mama,mummy ape2 jelah perkataan yang sesuai untuk panggilan buat wanita yang hebat ini semasa mereka masih ada didunia ini.jangan nanti dah x da baru nak menyesal. di kesempatan ini juga cik lisa nak ucapkan selamat hari ibu buat makku yang tersayang rosnah bt hassan, walaupun mak dah x dak, kakak masih ingat segala jasa-jasa mak...segala harapan yang mak mahukan insyaalah kakak akan lakukanya sehingga berjaya dan membimbing adik-adik terus menuju kearah kejayaan dan tidak akan menoleh kebelakang lagi...doakan cik lisa berjaya....amin....
my beutifful mak |
lot's of love
cik lisa
No comments:
Post a Comment